Stress tidak selalunya bersifat negatif, terkadang pengalaman hidup yang baik juga mengakibatkan seseorang mengalami stress. Sebagai contoh, majlis perkahwinan atau majlis anugerah. Jenis stress ini sangat baik dalam memberikan tekanan kepada diri untuk mencapai tujuan atau impian. Oleh itu, pelajar yang mengalami stress baik ini akan menolak dirinya untuk mencapai target dalam pelajaran seperti ingin mendapat keputusan yang cmerlang dalam pelajaran perlulah mempunyai pelbagai strategi untuk mendapatkannya.
Stress Akut
Tekanan akut adalah salah satu jenis tekanan yang baik dan tidak memudaratkan, ia juga sejenis stress yang paling biasa ditemui. tekanan akut akan berlaku sepanjang hari. Tekanan akut mengalami satu perubahan yang cepat terhadap fizikal, emosi dan psikologi. Reaksi tekanan akut adalah reaksi tubuh kita terhadap ancaman yang nyata atau dilihat kepada kesejahteraan kita, sama ada fizikal atau psikologi. Tekanan akut bersiap sedia untuk melindungi dirinya, dan berfungsi dalam kelangsungan hidup. Dengan kata lain, ia adalah fungsi survival automatik dalam diri yang melindungi diri kita. Namun, ia hanya berlangsung dalam jangka masa yang pendek dan akan berkurang selepas itu. Sebagai contoh, kita akan mengalami stres akut apabila ternampak ular ataupun dimarahi oleh majikan kita.
Eustress
Eustress merupakan tekanan yang membuatkan tubuh badan lebih waspada. Eustress membuatkan fikiran dan tubuh manusia lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai rintangan dalam apa jua keadaan. Stress ini juga membantu seseorang dalam membuat keputusan yang baik & dapat menimbulkan kekuatan tanpa disedari.
Distress internal
Ini merupakan sejenis stress yang memberika kesan yang buruk terhadap fizikal & emosi. Stress ini berlaku akibat pengalaman dalam kehidupan seharian yang dialami membuatkan tubuh badan berasa tidak nyaman. Hal ini terjadi dalam situasi tertentu seperti masalah kewangan, tekanan ditempat kerja dan perilaku negatif orang yang berada sekeliling. Kebanyakkan pelajar mengalami stress ini seperti olokan rakan-rakan sekeliling, yuran pengajian yang tinggi dan tugasan bersifat pemikiran kritikal.
Hipostres
Stress juga terjadi ketika seseorang tidak menemukan tekanan atau kekhawatiran dalam hidupnya. Stress ini disebut sebagai hipostress. Stress ini terjadi berawal dengan rasa bosan yang ekstrim sehingga tidak mempunyai motivasi untuk bangkit melakukan kerja yang bermanfaat dalam diri. Sebagai contoh, pelajar yang mengalami hipostres ini sentiasa berasa bosan dalam hidup dan dikhuatiri tidak menemukan motivasi dalam diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan